Tuesday 15 May 2012

Makanan Sunnah (Nabi Muhammad SAW) ~ KURMA, KISMIS, MADU



KURMA
*** Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah SAW selalu makan 7 biji kurma ajwa'
*** Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Raulullah ketika perang Khaibar, bisa  racun itu kembali tawar oleh zat2 terkandung dalam kurma
*** Rasulullah mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin


Khasiat & Kelebihan 


1 - Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda"
"Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)."


3- Abu Abdillah a.s. berkata:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. berkata"
"Sesiapa yang memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."


5- Saiyidina Ali r.a. meriwayatkan:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."


KISMIS
*** Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu.
*** Ia membekalkan vitamin & mineral penting seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
*** Ia juga merupakan serat yang baik & kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan).
*** Ia turut mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.


Khasiat &Kelebihan KISMIS


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf, dan menghilangkan letih."


3- Imam Ali a.s. berkata:
"Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi."


4- Imam Ali a.s. berkata:
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas, dan memulihkan kesihatan jiwa."


MADU
*** Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin & mineral penting untuk kesihatan.
*** Selepas Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesudu madu asli.
*** Dari segi ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, meyembuhkan sembelit & peradangan.


Khasiat & Kelebihan 


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati & menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."


3- Imam Ali a.s. menyebut:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir, dan membersihkan hati."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. menyebut:
"Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
"Biasakanlah dirimu memperoleh 2 ubat iaitu meminum madu & membaca Al-Quran."


Sumber: Majalah ASUH (Edisi 165)



No comments:

Post a Comment