Sunday 27 May 2012

Menjadi 'ibu' selama 5 hari

Assalamualaikum...


Hari ni tulis pasal sy jadi 'ibu'..kepada anak2 saudara tersayang..tapi mmg ibu kan..ibu saudara..hehe. semuanya bermula selepas abg dn k.ipar ckp diorang ada kerja outstation. Mula2 rasa x biasa jugak, malam sebelum tido kena gosok baju sekolah, kena bangun awal2 pagi siapkan sarapan, kejutkan dia, mandi dan pakaikan baju sekolah, temankan dia breakfast. 


Pastu pkir2 menu untuk lunch, malas jugak nakgi kedai seberang jalan beli lauk, jadi pkir2 menu yg senang jer. Haa, jadi selama 5 hari tu, di bawah menu yg sy buat


Hari isnin - Sup tulang semalam
Selasa - Tumis sayur air + ikan goreng
Rabu - Sayur lemak kubis + telur dadar + ayam goreng
Khamis - Sardin + sotong goreng + sayur
Jumaat – Tumis sayur air + sotong goreng celup tepung + ikan bilis pedas


Haha, semuanya adalah hasil 1st time cooking..rasa mcm x percaya jer, ni hasil rajin tolong2 kt dapur kot, puji2...rasa boleh diterima tekak


**Ops, tapi gambar mmg x ambik, sebab mcm presentation x lawa, segan...hehe

Friday 18 May 2012

Hari Jumaat & Kelebihannya ^^

Alhamdulillah,
Bersyukur pada Ilahi atas segala rahmat dan petunjukNya.

Hari jumaat ni dikaitkan dengan solat jumaat bagi kaum adam, tapi mungkin ramai terlepas pandang, pikir yang lelaki akan dapat byk pahala berganda sedangkan kaum wanita tidak diwajibkan solat jumaat.

Banyak cara untuk manfaatkan hari jumaat ini, banyak perkara2 sunat yang boleh dilakukan dan memperoleh pahala amalan sunat. Antaranya seperti:

1 - Mandi
2 - Berhias diri, memakai baju bersih, memakai wangian
3 - Memotong Kuku
4 - membaca surah Al-Kahfi
5 - Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Sumber di SINI 

Video dari UAI tentang perkara2 sunat hari Jumaat

InsyaAllah, diharap semua ummat Islam mendapat keberkatan dari Allah pada hari Jumaat ini.

Tuesday 15 May 2012

Makanan Sunnah (Nabi Muhammad SAW) ~ KURMA, KISMIS, MADU



KURMA
*** Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah SAW selalu makan 7 biji kurma ajwa'
*** Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Raulullah ketika perang Khaibar, bisa  racun itu kembali tawar oleh zat2 terkandung dalam kurma
*** Rasulullah mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin


Khasiat & Kelebihan 


1 - Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda"
"Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)."


3- Abu Abdillah a.s. berkata:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. berkata"
"Sesiapa yang memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."


5- Saiyidina Ali r.a. meriwayatkan:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."


KISMIS
*** Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu.
*** Ia membekalkan vitamin & mineral penting seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
*** Ia juga merupakan serat yang baik & kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan).
*** Ia turut mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.


Khasiat &Kelebihan KISMIS


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf, dan menghilangkan letih."


3- Imam Ali a.s. berkata:
"Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi."


4- Imam Ali a.s. berkata:
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas, dan memulihkan kesihatan jiwa."


MADU
*** Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin & mineral penting untuk kesihatan.
*** Selepas Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesudu madu asli.
*** Dari segi ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, meyembuhkan sembelit & peradangan.


Khasiat & Kelebihan 


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati & menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."


3- Imam Ali a.s. menyebut:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir, dan membersihkan hati."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. menyebut:
"Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
"Biasakanlah dirimu memperoleh 2 ubat iaitu meminum madu & membaca Al-Quran."


Sumber: Majalah ASUH (Edisi 165)



Monday 7 May 2012

Buku oh Buku...!

Salam hari Isnin,

Bila tgk tajuk entry dah dapat agak kan, mestilah cerita pasal bukuuuuuuuu...oh Tuhan, saya sangat suka buku, rasanya bila kahwin nanti insyaAllah hantaran kena ada buku jugak, ish2..

Majalah fav banyak sgt, dulu2 suka Mingguan Wanita, DARA, RAPI, NUR ~ kebanyakan beli sbb cover menarik..haha

ni dah jarang2 beli...
DARA..ni dah jarang2 beli...
Bila dah masuk umur 25 tahun, dulu mula kerja, stat baca NUR pula..

Tiap2 bln beliiiii....

Beli sbb ada blog review dan fesyen2..

Buku2 MOTIVASI----ni collection mmg dah lama, ada gak ulang2 baca, 





Buku2 lain ----





Sekarang banyak majalah agama di pasaran selain AL-Islam, contoh seperti Q&A, SOLUSI, Al-Ustaz. Segalanya tentang pencarian ilmu Dunia dan Akhirat dipermudahkan, insyaAllah... 




 Latest, majalah pasal HIJAB,...tapi ni sekadar 'halwa' mata...versi pengenalan, DIANA AMIR cover page



Alhamdulillah...sekian shj hari ni, tadi pagi dah sarapan dgn roti canai & Teh tarik..eh..eh..dah masuk waktu lunch..adioss


Sunday 6 May 2012

Semangat untuk Blog !

Assalamualaikum...


Tajuk entry kali ini macam serius sgt.. (~,~) tapi kalau x serius, rasanya mmg blog akan jadi 'dead' (_,_") ..Untuk kali ni kena tetapkan matlamat blog ni.. (^,^)


Apa tujuan blog ni


1 - Sebagai on9 diary, 
** I love reading, baking, cooking, travel (byk tul suka..haha,..dan byk jugak boleh dicoretkan)
- Sebagai perkongsian apa2 maklumat/info/ status/ event
** Setahun tu ada 365 hari tau Fairus (@,@)..larat ke..hehe


2 - Medium eratkan silatulrahim


- Best tgk blogger2 yg dan pro dan happening..(*,*) --mode excited


********Sbg first step, kena belajar cantikkan blog ni, supaya lebih menarik********