Friday 15 June 2012

Warna dan Aura diri

Salam Hari Jumaat...

Hari ni nak ckp pasal warna, kalau hidup tanpa warna, rasa boring jugak kan..dulu zaman filem P Ramlee, filem black n white lg, tp sampai skrg ulang2 tgk pn still gelak. Semua filem2 arwah mmg ada rahsia tersendiri..semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi.


Bila bercakap ttg warna, haaa....mesti setiap org ada warna kegemaran..mcm sy, ermm...x sure..huhu..mngkin purple, sbb ia berubah2..hehe..

Warna yg menjadi kegemaran ini menggambarkan sedikit sebanyak sikap dan perwatakan anda. 

Warna MERAH melambangkan keadaan psikologi yg mengurangkan tenaga, mendorong cepatnya nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Ia mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan, dan keberahian.

Warna BIRU melambangkan ketenangan yg sempurna. Ia juga mempunyai kesan menenangkan pada tekanan dara, denyutan nadi dan tarikan nafas.



Wana KUNING melambangkan kegembiraan. Ia mempunyai sifat selamba, santai, tenang, dan tidak tekesan dgn masalah. Sikap anda berubah-ubah tetapi penuh harapan, mempunyai cita2 setinggi langit san bersemangat tinggi.

Warna KELABU ini tdk menunjukkan makna yg jelas. Ia lebih disifatkan kepada NEUTRAL.


Warna HIJAU melambangkan keinginan, ketabahan, dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian tegas, berprinsip, dan berkuasa. Org yg menyukai warna ini, umumnya suka dipuji dan mudah menasihati org lain.



Warna UNGU adalah campuran warna MERAH dan BIRU, ia lambang sifat unik hasil campuran kedua warna. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya kurang teliti tetapi penuh haraan dan positif.


Wana COKLAT menunjukkan ciri2 suka persaingan, tdk suka beralah, kurang tolenrasi, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Warna HITAM melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ia memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan.

*** Menurut Nooraizan Mamat, Pengarah Pusat Rawatan Terapi Diri, dalam kehidupan manusia, warna amat memainkan peranan penting.

Panduan Berpakaian melalui WARNA

ISNIN: PUTIH
SELASA: MERAH JAMBU/ UNGU
RABU: BIRU
KHAMIS: OREN
JUMAAT: HIJAU
SABTU: MERAH
AHAD: HITAM


Okaylah, setakat ini sahaja dulu..

































Tuesday 5 June 2012

Pengalaman menjaga org sakit (@,@) at KBMC

Assalamualaikum,

Tulis entry ni ketika Kakak (panggilan untuk anak sedara) tengah tidur. Mula diberitahu pn masa tu mamai lagi, baru sedar dari tidur..adeh, rasa berat nk bangun..tapi rasa bersalah pulak, kena tolong adik beradik, dan keluarga..kesian umi yg siapkan bekal makanan..huhu,

Rasa segalanya benda baru..kena selalu check dia takut2 makin panas demam dia..kena selalu tuam dengan tuala basah..tadi mesin yg masuk air tu bunyik2 tot..tot.byk kali, sekali tgk merah kt OCCLUSION, air pn tk menitis dari pek air tu..er..cuak gak..terus tekan button panggil nurse..nurse dtg betulkan wayar, dan semua kembali okay..

Baru 4 jam kt spital, sejuk dgn aircond...tapi yg lebih penting, biar org sakit selesa, org yg teman ni takpelah..hehe..Alhamdulillah sihat dan okay..

Green light = OK (Alhamdulillah)

Sunday 27 May 2012

Menjadi 'ibu' selama 5 hari

Assalamualaikum...


Hari ni tulis pasal sy jadi 'ibu'..kepada anak2 saudara tersayang..tapi mmg ibu kan..ibu saudara..hehe. semuanya bermula selepas abg dn k.ipar ckp diorang ada kerja outstation. Mula2 rasa x biasa jugak, malam sebelum tido kena gosok baju sekolah, kena bangun awal2 pagi siapkan sarapan, kejutkan dia, mandi dan pakaikan baju sekolah, temankan dia breakfast. 


Pastu pkir2 menu untuk lunch, malas jugak nakgi kedai seberang jalan beli lauk, jadi pkir2 menu yg senang jer. Haa, jadi selama 5 hari tu, di bawah menu yg sy buat


Hari isnin - Sup tulang semalam
Selasa - Tumis sayur air + ikan goreng
Rabu - Sayur lemak kubis + telur dadar + ayam goreng
Khamis - Sardin + sotong goreng + sayur
Jumaat – Tumis sayur air + sotong goreng celup tepung + ikan bilis pedas


Haha, semuanya adalah hasil 1st time cooking..rasa mcm x percaya jer, ni hasil rajin tolong2 kt dapur kot, puji2...rasa boleh diterima tekak


**Ops, tapi gambar mmg x ambik, sebab mcm presentation x lawa, segan...hehe

Friday 18 May 2012

Hari Jumaat & Kelebihannya ^^

Alhamdulillah,
Bersyukur pada Ilahi atas segala rahmat dan petunjukNya.

Hari jumaat ni dikaitkan dengan solat jumaat bagi kaum adam, tapi mungkin ramai terlepas pandang, pikir yang lelaki akan dapat byk pahala berganda sedangkan kaum wanita tidak diwajibkan solat jumaat.

Banyak cara untuk manfaatkan hari jumaat ini, banyak perkara2 sunat yang boleh dilakukan dan memperoleh pahala amalan sunat. Antaranya seperti:

1 - Mandi
2 - Berhias diri, memakai baju bersih, memakai wangian
3 - Memotong Kuku
4 - membaca surah Al-Kahfi
5 - Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Sumber di SINI 

Video dari UAI tentang perkara2 sunat hari Jumaat

InsyaAllah, diharap semua ummat Islam mendapat keberkatan dari Allah pada hari Jumaat ini.

Tuesday 15 May 2012

Makanan Sunnah (Nabi Muhammad SAW) ~ KURMA, KISMIS, MADU



KURMA
*** Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah SAW selalu makan 7 biji kurma ajwa'
*** Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Raulullah ketika perang Khaibar, bisa  racun itu kembali tawar oleh zat2 terkandung dalam kurma
*** Rasulullah mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin


Khasiat & Kelebihan 


1 - Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda"
"Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)."


3- Abu Abdillah a.s. berkata:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. berkata"
"Sesiapa yang memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."


5- Saiyidina Ali r.a. meriwayatkan:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."


KISMIS
*** Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu.
*** Ia membekalkan vitamin & mineral penting seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
*** Ia juga merupakan serat yang baik & kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan).
*** Ia turut mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.


Khasiat &Kelebihan KISMIS


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf, dan menghilangkan letih."


3- Imam Ali a.s. berkata:
"Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi."


4- Imam Ali a.s. berkata:
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas, dan memulihkan kesihatan jiwa."


MADU
*** Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin & mineral penting untuk kesihatan.
*** Selepas Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesudu madu asli.
*** Dari segi ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, meyembuhkan sembelit & peradangan.


Khasiat & Kelebihan 


1- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."


2- Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati & menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."


3- Imam Ali a.s. menyebut:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir, dan membersihkan hati."


4- Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. menyebut:
"Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
"Biasakanlah dirimu memperoleh 2 ubat iaitu meminum madu & membaca Al-Quran."


Sumber: Majalah ASUH (Edisi 165)



Monday 7 May 2012

Buku oh Buku...!

Salam hari Isnin,

Bila tgk tajuk entry dah dapat agak kan, mestilah cerita pasal bukuuuuuuuu...oh Tuhan, saya sangat suka buku, rasanya bila kahwin nanti insyaAllah hantaran kena ada buku jugak, ish2..

Majalah fav banyak sgt, dulu2 suka Mingguan Wanita, DARA, RAPI, NUR ~ kebanyakan beli sbb cover menarik..haha

ni dah jarang2 beli...
DARA..ni dah jarang2 beli...
Bila dah masuk umur 25 tahun, dulu mula kerja, stat baca NUR pula..

Tiap2 bln beliiiii....

Beli sbb ada blog review dan fesyen2..

Buku2 MOTIVASI----ni collection mmg dah lama, ada gak ulang2 baca, 





Buku2 lain ----





Sekarang banyak majalah agama di pasaran selain AL-Islam, contoh seperti Q&A, SOLUSI, Al-Ustaz. Segalanya tentang pencarian ilmu Dunia dan Akhirat dipermudahkan, insyaAllah... 




 Latest, majalah pasal HIJAB,...tapi ni sekadar 'halwa' mata...versi pengenalan, DIANA AMIR cover page



Alhamdulillah...sekian shj hari ni, tadi pagi dah sarapan dgn roti canai & Teh tarik..eh..eh..dah masuk waktu lunch..adioss


Sunday 6 May 2012

Semangat untuk Blog !

Assalamualaikum...


Tajuk entry kali ini macam serius sgt.. (~,~) tapi kalau x serius, rasanya mmg blog akan jadi 'dead' (_,_") ..Untuk kali ni kena tetapkan matlamat blog ni.. (^,^)


Apa tujuan blog ni


1 - Sebagai on9 diary, 
** I love reading, baking, cooking, travel (byk tul suka..haha,..dan byk jugak boleh dicoretkan)
- Sebagai perkongsian apa2 maklumat/info/ status/ event
** Setahun tu ada 365 hari tau Fairus (@,@)..larat ke..hehe


2 - Medium eratkan silatulrahim


- Best tgk blogger2 yg dan pro dan happening..(*,*) --mode excited


********Sbg first step, kena belajar cantikkan blog ni, supaya lebih menarik********

Thursday 29 March 2012

DOA mudah dapat KERJA

Dah hampir 2 bulan lebih belum ada rezeki lagi untuk dapat kerja..harap2 x lama lagi, kena byk bersabar..kt bwh ni ada doa untuk mudahkan dapat kerja..insyAllah..kepada pencari kerja di luar sana, sama2 kita amalkan.. =))

Cara amalkan:-

Baca selepas solat

Pertama dimulakan dengan istighfar 100x , seterusnya Selawat atas Nabi Muhamad SAW 100x dan baca Surah AL-Waqiah sekali.

Dan baca doa di bawah

Maksud:-


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan."(Surah Al-Qashash: Ayat 24)


Sumber: Doa mudah dapat kerja

JPJ buat penyelarasan renew CDL

Adeh, td dapat cal dari myeg pasal renew driving lisence, kena tambah caj RM15, katanya sebab renew selepas tarikh hari lahir, x tahu plak jpj ada buat penyelarasan...almaklumlah sy ni jarang drive..mmg zero lah pasal apa2 info pasal keta ni, tahu drive jer..

bagi sape2 yg nasib seumpamaku..ni link jpj pasal tu
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=124:faq-lesen-tamat-tempoh-mengikut-tarikh-lahir&catid=1:pemandu&Itemid=41&lang=ms

Event this month ~ March

Weekend ni banyak event kt kl [ 30 mac -1 april ]

Mid Valley ~ JobStreet Career fair & Post graduate

PWTC ~ Shoe Festival


Tuesday 27 March 2012

25 thn...

rantai pemberian my sis
2 hari lepas dah sambut bday yg ke 1/4 abad..my sis beli kek dan hadiah, x sangka but really appreaciate it..today start blog, aim nak cari ramai kawan dan kenalan, seronok juga tgk org blogging psl makanan, percutian, hobi, fesyen...ermm, but me? x kisahlah apa2..janji ia menyeronokkan utk dikongsi

me..start blogging..decided

FAIrus